Kursus ini merangkumi hubungan ilmu falsafah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Penggunaan falsafah sebagai alat untuk memurnikan budaya pemikiran dalam kehidupan melalui seni dan kaedah berfikir serta konsep insan. Topik utama dalam falsafah iaitu epistemologi, metafizik dan etika dibincangkan dalam konteks isu semasa Penekanan diberikan kepada falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya. Di hujung kursus ini pelajar akan mampu melihat disiplin-disiplin ilmu sebagai satu badan ilmu yang komprehensif dan terkait antara satu sama lain.